Monday, February 9, 2009

NIKON CAKE




















Friday, January 30, 2009

Artifak 1.83 juta tahun di Lenggong


Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

bhnews@bharian.com.my
GEORGETOWN: Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menemui bukti baru manusia terawal di dunia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, 1.83 juta tahun lalu dan bukan di Jawa, Afrika dan China, 1.8 juta tahun lalu. Bukti itu berdasarkan penemuan kapak tangan, alat repehan atau pisau dan batu teras ketika kajian bermula Ogos tahun 2000 di kawasan berkenaan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin. Katanya, artifak itu ditemui melekat dalam batuan suevit, sejenis batu yang terbentuk disebabkan hentaman meteorit 1.8 juta tahun lalu, sekali gus membuktikan manusia sudah wujud sebelum kejadian itu.

"Kesimpulan itu mengambil masa tiga bulan selepas penemuan untuk menentukan tarikh di Makmal Geokronologi Japan di Tokyo. Pengesahan pertarikhan mengikut kaedah belahan (fission track dating). "Hasil kajian turut mendapat pengesahan dua ahli arkeologi Universiti Oxford dan Universiti Pennsylvania kira-kira dua minggu lalu," katanya di sini semalam. Kajian itu dilakukan sembilan ahli arkeologi USM diketuai Mokhtar yang berakhir pada Jun 2008.
Teori sebelum ini menyatakan manusia paling awal berusia 1.8 juta tahun wujud di Georgia, Eropah Timur apabila fosil manusia terawal ditemui selepas penemuan sama di Jawa, Indonesia. Mokhtar berkata, penemuan alat yang pernah digunakan manusia zaman itu membuktikan manusia awal wujud di Malaysia sebelum dipercayai berpindah ke Jawa atau Afrika berikutan impak meteorit. "Penemuan itu membuktikan manusia terawal wujud di Lenggong. Walaupun kita tidak menemui rangka manusia, artifak itu adalah milik manusia zaman itu. Artifak yang ditemui adalah peralatan yang diguna pada zaman berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus membuat kajian di kawasan seluas empat kilometer persegi di Bukit Bunuh bagi mencari fosil rangka manusia dan yakin dapat menemuinya. "Kita tidak akan berhenti, malah terus menjalankan kajian. Mungkin selepas ini kita akan menemui rangka manusia atau artifak lain," katanya. Mokhtar juga bercadang menerbitkan sebuah jurnal mengenai penemuan itu bagi membuktikan kepada dunia yang manusia terawal wujud di Malaysia.

Wednesday, January 28, 2009

GERHANA MATAHARI


GERHANA Matahari Separa yang mencapai 82.6 peratus dirakamkan dari jam 3.34 petang hingga 5.50 petang di Planetarium Negara di Kuala Lumpur, semalam. Fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari. Kira-kira 2,000 pengunjung hadir seawal 3 petang untuk menyaksikan fenomena itu yang berlangsung kira-kira 2 jam 30 minit.

FENOMENA CAHAYA


FENOMENA cahaya berwarna warni terbentuk di awan ketika Gerhana Matahari Separa berlaku petang semalam. Gambar ini dirakam di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang semalam.

Friday, January 23, 2009

CATS STYLE1
















CATS STYLE
















Tuesday, January 20, 2009

CRAZY FIGHT